7.01.2011

Bahasa itu dan Pelajar



As-salam dan Hello, semua.


Sebagai pelajar, mesti ada sahaja masalah yang kita hadapi semasa proses pembelajaran itu sendiri. Itu normal lah kan? hahaha. Aku rasa antara masalah yang paling ditakuti oleh pelajar adalah Bahasa Inggeris. hahaha. Okay, aku mengaku aku juga ada masalah dengan Bahasa Inggeris. Masalahnya ialah sukar untuk berkomunikasi antara pelajar dan pensyarah. Itu bahaya weyh....hahaha. True story.

Apabila kita dapat menguasai bahasa inggeris ni, banyak  kelebihan yang kita dapat. Senang bergaul dengan pelajar international, senang buat presentation, bila buat report grammar error sikit or even tak de langsung. hahaha. Jadi, aku rasa aku nak kongsi lah antara cara-cara untuk menguasai bahasa inggeris. Aku dah cuba dan aku rasa ia membantu aku sedikit demi sedikit.hahaha.




1. Dengar lagu inggeris.
Okay... aku dulu dengar lagu-lagu rock kapak dan tangkap leleh je weyh... Lagu yang biasanya Top 10 di K-box atau pun RedBox. Bila masuk kolej kat Mantin dulu, aku rasa macam shock gila. Aku tak tahu bahasa inggeris sangat lah weyh! Macam mana nak kawan dengan foreigner ni semua...hahaha. So, aku pun mula dengar lagu-lagu english dengan lyric di sisi. Aku ikut nyanyi sama-sama. Secara tak langsung, kita boleh belajar pronounce words dengan betul. kan???

2. Tengok movie tanpa subtitle.
Haa... ni aku rasa paling bagus. Cuba korang tengok movie tapi tutup subtitle. Korang dengar apa yang actor tu cakap dan cuba tangkapa apa yang cuba di sampaikan. Lagi pun, kadang-kadang subtitle tu sendiri tidak menyampaikan mesej yang betul dari movie tu. Its bad okay... Lagi bagus tengok movie with British Accent. For example, Harry Potter. Bukan sahaj berhibur, kita dapat belajar bahasa inggeris juga. hahaha. Ada lagi satu movie yang bagus, King's Speech. Kena tengok lah.. Ia bagus.

3. Berada dalam persekitaran yang sesuai.
Maksud aku ialah korang selalu lah berada dalam group budak-budak yang speaks in english. Belajar dari mereka, macam mana mereka bercakap. Slow-slow kita dapat lah juga cakap macam mereka. Tak pun, korang cakap dengan roommates atau housemates korang, "weyh, bila cakap dengan aku, cakap bahasa inggeris tau..aku sedang training ni..." hahaha. Kan bagus tu... kita dapat improve, kawan pun dapat improve juga.hahaha.



Bahasa inggeris ni penting dah sekarang. Dah jadi bahasa yang utama di dunia. Dah jadi standard. Aku kat UTAR pun cakap english. Walaupun broken, at least I'm trying. Lama-lama mesti jadi bagus kan. Sekarang ni aku masih amal kan cara-cara kat atas tu untuk improve cara aku sampai kan sesuatu. Nak present pun senang nak goreng, and one more... aku selalu buka google translate untuk bantu aku kalau aku tak faham certain words tu. Aku rasa sekarang ni aku dah mampu goreng kat depan, I mean present dengan baik kat depan lah berbanding masa 1st time aku present kat depan masa kat kolej lama dulu. Macam haram.

Jadi, untuk kesenangan kita, belajar lah bahasa inggeris. Tak salah pun belajar bahasa inggeris ni. Ia amat membantu kita. So, kita tak ketinggalan dan rasa segan bila orang cakap atau tanya kita in english. Kalau boleh biar kita cakap lagi bagus dari orang inggeris itu sendiri.hahaha. Aku suka ikut eminem rap... gila laju.. pronounce aku pun makin lama makin bagus. "s" tu pun dah mula kedengaran. Tapi, bila orang tegur jangan marah lah. okay. Selamat mencuba. Thank you... hahaha. Adios... As-salam. =)


P.S: Banyak membaca lah ya... ia membantu juga. Yeah!!! Btw, facebook korang in english juga kan?? =)




No comments: