7.09.2011

Perempuan, malu.

Malunya perempuan, sukar digambarkan,
mungkin kerana aku lelaki,
memahami perempuan tugas ku setiap hari.

Malunya dimata, dipejam matanya,
malunya diwajah, ditunduk kepalanya,
malunya pada suara, terdiam seribu bahasa,
bagaimana hendak bersuara,
aku bertanya.

Ditulis olehnya, aku membaca,
begini caranya dia bersuara,
ditulis semua apa dirasa,
mudah meluah, berkongsi semuanya.

No comments: